Just another WordPress site

Doakan Dapat Zuriat, Rider Food Panda Terkejut Bila Bukak Sampul Dapat Duit Setebal Ini!

0

Rezeki tak pernah salah alamat. Jika telah tertulis rezeki seseorang hamba Allah S.W.T itu, rezeki akan tetap datang dari arah yang tidak disangka-sangka. Kita sebagai hamba, haruslah terus berusaha, berdoa dan tidak berputus asa dengan rahmat-Nya.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang semakin mencabar, berbagai jenis pekerjaan terpaksa dilakukan demi kelangsungan hidup. Antara pekerjaan yang semakin popular dalam kalangan penduduk Malaysia sekarang adalah, penghantar makanan.

Tugas sebagai penghantar makanan memang sangat mencabar. Berhadapan dengan berbagai kerenah pelanggan, peristiwa aneh, mistik dan tidak kurang juga dengan “pelanngan dari syurga” yang akan memberikan rezeki tambahan yang tidak disangka-sangka.

Begitulah resam dalam pekerjaan. Ada pahit dan ada manisnya. Begitulah kisah menarik yang berlaku kepada seorang rider Food Panda ini. Rezeki yang diterimanya diselitkan dengan satu permintaan daripada pelanggannya yang membuatkan orang ramai berasa sebak.

Memetik daripada perkongsian daripada Muhammad Faris Faizul didalam group Facebook, FoodPanda Rider Malaysia ini, dia berasa sangat terkejut kerana menerima tips daripada pelanggannya. Bukanlah dia tak pernah menerimanya, namun jumlah tips yang diberikan kali ini agak besar.

 

TIPS SEBANYAK RM1000! 

Tips RM1000 ternyata bukanlah satu tips yang biasa diterima oleh mana-mana penghantar makanan. Sudah tertulis rezeki dia kali ini. Menerusi screenshot yang dikongsikannya, pelanggan tersebut telah meminta dia untuk masuk dan mengambil sekeping sampul yang diletakkan dibawah mangkuk diatas meja.

 

 

RASA NAK LOMPAT DARI MOTOR

Itulah apa yang digambarkannya apabila melihat jumlah tips yang diterimanya yang ada dalam sampul putih tersebut.

 

“Alhamdulillah rezeki petang tadi..terkejut macam nk melompat dari moto pon ade tadi..terharu dan rasa sedih😥syukur dalam gembira pon ade tadi🤲🏻🤲🏻🤲🏻..sbb x jangka nilai yg diberi sebanyak itu..sbb selalu jugak customer bg tips dalam sampul ni..cuma kalini terkejut bila bukak sampul tu..🤲🏻🤲🏻🤲🏻..mohon kawan2 rider ku untuk doakan akak ni semoga cepat dapat zuriat dgn izin Allah S.W.T..In Sha Allah..”

 

 

SEBAB DIBERIKAN RM1000

Rupanya ada kisah disebalik kenapa pelanggannya memberikan dia tips sebanyak itu. Pelanggannya berniat untuk bersedekah dan menjadi asbab supaya dipermudahkan urusan untuk mendapat zuriat.

 

BACA JUGA: Digelakkan Kerana Tak Pandai Cakap English, Ini Jawapan Padu Azizulhasni Awang

 

Pelanggan itu juga tidak lupa untuk memintanya dan rakan-rakan untuk mendoakan dirinya. Dan semoga pembaca semua turut dapat mendoakan si pembetri tersebut mendapatkan zuriat mereka. Amiinn.

Leave A Reply

Your email address will not be published.


Warning: fopen(/tmp/0aa496cb9e673ef71551419a29b24ff8-m56TNS.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/0aa496cb9e673ef71551419a29b24ff8-m56TNS.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193