Just another WordPress site

Ibu Uzur Jaga Anak Oku Dan Suami Buta, Kini Berakhirnya Sebuah Penderitaan

0

Apa perasaan anda jika anda melihat sebuah keluarga dimana bapanya adalah buta, ibunya pula uzur dan tidak berdaya manakala anak tunggal mereka pula merupakan orang kurang upaya? Pastinya anda tertanya-tanya bagaimanakah merek meneruskan kehidupan seharian kan?

Itulah apa yang terjadi kepada sebuah keluarga kecil yang dibantu oleh pendakwah bebas dan usahawan terkenal, Ustaz Ebit Lew. Tiada siapa yang terlepas daripada dibantu oleh Ustaz Ebit Lew jika mereka benar-benar memerlukan.

Misi bantuan Ustaz Ebit Lew telah menyantuni keluarga tersebut dan ia telah dikongsikan di laman Facebook beliau. Perkongsian yang mendapat ratusan ribu respons daripada warganet ini benar-benar mengundang sebak.

Misi bantuan kali ini adalah ke Rantau Panjang, Kelantan bagi memberikan bantuan kepada keluarga yang dimaksudkan tadi. Menerusi perkongsian di laman Facebook beliau, Ustaz Ebit Lew telah cuba untuk membantu sekadar yang termampu dan turut memberikan 2 katil hospital bagi memudahkan urusan mereka.

“Berat ujian keluarga ini. Saya hadiahkan 2 katil hospital. Pagi ini ziarah Rantau Panjang. Terus pasang katil dan angkat adik ni oku semenjak kecil dan pimpin ayahnya buta. Ibu ini pula dah uzur. Bertiga dirumah ini.”

 

BANTUAN BULANAN JKM RM400

Menurut Ustaz Ebit Lew, keluarga ini bernasib baik kerana dikelilingi oleh masyarakat sekeliling yang prihatin walaupun mereka juga hidup susah. Keluarga ini diberikan bantuan bulanan JKM sebanyak RM400.

 

BACA JUGA: Kecewa Dengan Gambar Masa Lalu, Lisdawati Ajak Suami Sanding Semula. Sweet Sangat!

 

“Dibantu saudara mara dan jiran terdekat walau mereka juga hidup susah. Syukur Bulanan JKM beri rm400. Setiap bulan kena bawa ke hospital dan rawatan serta ubat. Saya beri duit belanja, belikan baju, pampers dan 2 katil hospital.”

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Ebit Lew (@ebitlew)

UJIAN SETIAP ORANG ADALAH BERBEZA

 Menurut Ustaz Ebit Lew lagi, ujian setiap orang adalah tidak sama. Bila lihat keadaan keluarga ini yang selama ini hanya tidur diatas lantai telah membuatkan dirinya berasa bersalah dan berdosa.

“Beza ujian setiap orang. Melihat mereka tidur atas lantai selama ini terasa bersalah dan berdosa. Bagaimanalah yer. Tapi mereka dah biasa begitu. Ada 1 kipas kecil. Rumahnya tiada barang perabot lain. Senyum jer makcik ni. Cakap terima kasih ustaz. Ulang kali cakap terima kasih ustaz.

Terima kasih Raja Anita Raja Mukhtar dan team ngo kelantan. Terima kasih JKM. Terima kasih Zakat dan Masjid. Terima kasih YB dan Menteri. Terima kasih ketua kampung. Mereka sangat banyak membantu.Semoga usaha kecil saya ini diterima Allah. Saya hanya sebahagian kecil dari usaha ramai orang lain. Ramai juga yang menyumbang. Terima kasih yang bersama saya team pertubuhan Kasih Umat Malaysia.”

 

SUMBER : FB USTAZ EBIT LEW

Leave A Reply

Your email address will not be published.