Just another WordPress site

Bilionaire Melayu Paling ‘Low Profile’ Miliki Puluhan Helikopter. Kisah Yang Memberi Inspirasi Kepada Ramai Orang!

0 5,736

Menjalani kehidupan yang penuh dengan kemewahan menjadi impian hampir setiap orang. Siapa je yang tak suka jika memiliki harta dan aset yang banyak? Bebas berbelanja membeli apa sahaja. Mampu menjadi pembayar zakat paling banyak. Mampu menyumbang ke jalan Allah S.W.T sepertimana sahabat-sahabat Nabi Muhammad S.A.W suatu masa dahulu yang merupakan jutawan yang dermawan.

Ramai yang menggunakan alasan tak nak kaya sebab risau nanti terleka dengan dunia. Tidak kurang juga yang mengatakan duit merupakan ibu kepada segala kejahatan. Dengan duit, kita akan mula menjadi lupa dan leka. Dengan duit, kita tak takut untuk melakukan maksiat dan dosa.

Tapi, betul ke bila kita kaya kita akan menjadi sedemikian rupa? Bukankah perlu untuk kita menjadi kaya untuk membantu agama kita? Semuanya bergantung atas diri masing-masing sebab ramai juga yang tak kaya tetap membuat dosa. Merompak, membunuh dan segala bentuk kejahatan lain tetap dilakukan tanpa mengira pangkat, darjat atau harta.

Lain pula dengan kisah seorang billionaire Melayu yang merupakan menduduki tangga ke 25 dalam senarai Forbes untuk 50 orang terkaya di Malaysia. Kisah ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Syahril A.Kadir dimana beliau menceritakan kisah bagaiman seorang anak jati Sungai Petani, Kedah bermula sehinggalah bergelar seorang billionaire.

Kisah Syed Azman Syed Ibahim…Bilionair Melayu pemilik berpuluh buah helikopter, pesawat!

AKU pernah menulis kisah Tan Sri Syed Azman ni tak lama dulu.

Malam tadi aku terbaca senarai 50 orang terkaya Malaysia di dalam Forbes dan nama anak jati Sungai Petani, Kedah ini nampaknya terus gah di tangga ke 25 dengan hartanya kini dianggarkan berjumlah USD675 juta.

Maknanya kalau tukar RM hartanya dah berbilion-bilion!

Siapa sangka bekas pegawai perisik tentera berpangkat Mejar dan bekas penjual kereta terpakai ini begitu tinggi semangat juangnya dalam perniagaan hingga boleh sampai ke tahap ini, luar biasa.

 

MEMULAKAN PERNIAGAAN KERETA TERPAKAI

Seperti yang aku cerita sebelum ini, setelah berhenti dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), beliau dan isteri memulakan perniagaan kereta terpakai.

Di hari-hari awal perniagaannya, Syed Azman berulang-alik ke London untuk membeli kereta terpakai sebelum menjualnya di Malaysia.

Masa tu beliau tidak memiliki AP (Permit Kelulusan) namun dia berkongsi AP dengan rakan-rakan yang memiliki permit tersebut.

Lama kelamaan beliau berjaya juga memiliki AP dari kerajaan dan perniagaan keretanya semakin menjadi sebutan. Tak lama kemudian kerajaan mengambil keputusan memberhentikan pemberian AP terbuka dan hanya menawarkan franchise AP.

Untuk mendapatkan franchise AP, Syed Azman perlu dilantik oleh syarikat kereta asing sebagai pengedar then barulah permit itu dianugerahkan kepadanya.

 

MENJADI PENGEDAR HONDA, CHEVROLET DAN SUZUKI

Nasib menyebelahinya apabila beliau berjaya mendapatkan kepercayaan daripada Honda untuk melantiknya sebagai pengedar beberapa jenis kereta tersebut di Malaysia.

Kemudian Syed Azman mendapat hak untuk mengedar Chevrolet dan Suzuki pula.

 

BELI HELIKOPTER SEBAB BOSAN BERULANG ALIK DENGAN KERETA

Mengenai helikopter, dalam satu temubual dengan akhbar The Star tak lama dulu, Syed Azman berkata, selama menjalankan urusan perniagaan, beliau bosan kerana masanya banyak habis di jalan raya.

Lalu rakannya mencadangkan beliau membeli helikopter saja untuk ke sana dan ke sini.

Justeru pada tahun 2003, beliau membeli sebuah helikopter dengan harga US$1.5 juta bagi kegunaan hariannya. Bila helikopter itu tidak digunakannya, beliau sewakan saja pada mereka yang berminat.

Ketika itulah beliau sedar yang permintaan untuk helikopter ini tinggi di Malaysia.

Lima tahun kemudian, beliau berjaya mendapatkan kontrak pertama bagi menyediakan perkhidmatan helikopter untuk membawa pekerja sektor minyak dan gas ke pelantar.

Hari ini, pemilik syarikat Weststar yang ‘low profile’ itu memiliki lebih 40 buah helikopter, empat buah jet persendirian dan beliau juga memperoleh kontrak bernilai RM8 billion bagi membawa pekerja pelantar minyak hingga menjadikannya antara lelaki Melayu terkaya di Malaysia ketika ini.

Ini belum campur perniagaan peluuru berpandu, peralatan pertahanan, hartanah, kenderaan, pembinaan etc.

Walaupun harta dan asetnya mencecah bilion ringgit, Syed Azman enggan menyatakan jumlahnya.

Beliau hanya menjawab: “Saya tak boleh beritahu jumlah harta saya, mak saya tak suka”

Hehehe…comel tak jawapan tu?

Kini Syed Azman terus melebarkan sayapnya di sebalik cabaran getir yang mereka tempuh di kala ekonomi dunia berada dalam keadaan tidak menentu.

Seperti mana puluhan helikopternya terbang tinggi di udara, begitulah juga semangat dan keazaman lelaki berusia 60 tahun ini.

Salute!

 

BACA JUGA: Terbaik! Cara Budak ‘Kelas Belakang’ Rai Tamat SPM, Raih Pujian Ramai Pihak!

 

Begitulah perkongsian kisah bagaimana Syed Azman yang berjaya menjadi salah seorang daripada individu terkaya di Malaysia. Apa yang kita boleh belajar daripada beliau adalah, beliau kekal merendah diri meskipun dirinya tersangat kaya. Tiada pula beliau menunjuk-nunjuk dan menayangkan hartanya kepada umum. Semoga kita juga menjadi begitu apabila diberikan rezeki yang melimpah ruah oleh Allah S.W.T suatu hari nanti.

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://www.wlvliquors.com/wp-includes/slot-gacor/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://cdn.megakontraktor.co.id/

Situs Bandar

Situs Togel Terpercaya

Togel Online Hadiah 4D 10 Juta

Bandar Togel

Togel Online

toto88

agen bandar togel