Just another WordPress site

“Macam Berada Di Kayangan” Subhanallah! Budak Tak Pandai Berenang Tapi Dijumpai Selamat Terapung Lebih 5 Jam 

0

Tiada apa yang lebih hebat daripada kuasa Allah S.W.T dan hanya dialah yang mampu untuk menentukan bila aj4l hamba-Nya. Tidak akan terlambat atau tercepat walau sesaat sekalipun.

Begitulah apa yang berlaku kepada seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun yang dikenali sebagai Muhammad Aman Firas Aman Syah. Dia telah ditemui terapung oleh nelayan selepas 5 jam terapung di laut.

Ibunya, Nik Nor Asyikin Nik Abdullah Sani, 36, berasa sangat bersyukur dan terkejut dengan keajaiban yang diberikan oleh Allah S.W.T kerana anaknya ditemui terapung dan tanpa sebarang kecederaan walaupun anaknya itu tidak pandai berenang.

 

MENGALAMI MASALAH PEMBELAJARAN DAN SANGAT SUKAKAN AIR

Menurutnya, Aman Firas mengalami masalah pembelajaran dan sangat suka kepada air.

“Anak saya pantang tengok air, namun pada musim ini saya tidak membawa anak mandi pantai kerana bimbang dengan keadaan ombak yang besar dan merb4haya. Namun, semalam saya berada di rumah ayah di Beris Lalang kerana ada kenduri perkahwinan anak saudara, manakala anak tinggal di rumah bersama ayahnya,” katanya.

Dia hanya mengetahui mengenai kejadian tersebut selepas suami, Aman Syah Musa, 38, menghubungi memaklumkan anak lem4s di pantai sebelum dia bergegas ke lokasi.

 

CUBAAN MENYELAMAT BERTUKAR TR4GEDI

Dalam pada itu, sewaktu Aman Firas lem4s, terdapat dua insan berhati mulia yang berusaha untuk menyelamatkannya. Namun, kedua-dua mereka m4ut selepas lem4s dalam kejadian tersebut.

“Sepatutnya semalam dia pulang ke rumah selepas tiga minggu kami tidak berjumpa. Saya tidak menyangka dia pergi buat selama-lamanya,” kata Sepiah Salleh, 60, ibu kepada m4ngsa lem4s, Juhairohafizan Juhari, 35.

M4yat arw4h ditemukan jam 2.50 pagi tadi selepas dihanyutkan ombak ketika usahanya untuk menyelamatkan Aman Firas daripada lem4s dalam kejadian di Pantai Kandis Pulau Kambing, di sini, semalam.

Anak ketiga daripada 11 beradik itu ada memberitahu ingin balik berjumpanya selepas lama tidak pulang kerana sibuk menguruskan ternakan dan ladang timun.

“Namun petang semalam, saya menerima panggilan daripada besan yang juga ibu mentua Juhairohafizan, memberitahu anak lem4s. Luluh hati saya ketika mendengar khabar ini kerana tidak menyangka kehilangannya sekelip mata.

“Setahu saya, dia memang pandai berenang malah selalu juga turun ke laut berseorangan untuk memukat dan mencari ikan, lagipun dia adalah pesara tentera yang mahir berenang.

 

JIRAN TURUT LEM4S DALAM USAHA MENYELAMATKANNYA

Seorang lagi m4ngsa adalah Mohd Bahudin Mat Shah, 46, yang merupakan jiran kepada Aman Firas.

“Saya turut memaklumkan kepada anak bahawa jiran kami yang juga ayah rakannya lem4s. Anak juga tahu seorang lagi lelaki yang tidak dikenali cuba membantunya turut lem4s. Dia nampak sedih apabila mengetahui kejadian yang berlaku.

“Ketika terapung di permukaan air, anak memberitahu dia bagai berada di kayangan dan turut melihat cahaya lampu yang terang.

“Anak juga kata hanya hidungnya berasa pedih kemungkinan dimasuki air laut dan hanya teringat ibu (saya) dan ayahnya saja,” katanya yang berterima kasih kepada semua yang berusaha mencari dan menyelamat anaknya.

Anaknya itu sangat rapat dengan arw4h Mohd Bahudin yang sering membawanya keluar berjalan-jalan kerana jirannya itu turut mempunyai anak yang mengalami masalah pembelajaran.

 

BACA JUGA: “Abieyyy, Timbul la. Syg Rindu Ni!” Tragedi Bulan Madu, Cuba Diselamatkan Namun Gagal Ketika Mandi Di Tasik Kenyir

 

AJ4L DAN M4UT DI TANGAN ALLAH

Benarlah bahawa aj4l m4ut itu ditentukan oleh Allah S.W.T sahaja. Kita yang merupakan hamba-Nya tiada daya dan upaya untuk mengubahnya. Sebagai contoh dalam tr4gedi kali ini, anak yang disangka tidak pandai berenang diselamatkan oleh Allah S.W.T dengan berjaya untuk terapung lebih dari 5 jam.

Sedangkan dua lagi m4ngsa yang merupakan bekas tentera dan pandai berenang pula ditimpa musibah. Sudah tertulis aj4l mereka begitu. Marilah kita sama-sama menyedekahkan al-Fatihah dan mendoakan supaya kedua-dua m4ngsa ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Sungguh tindakan mereka amat murni kerana sanggup mengorbankan ny4wa demi menyelamatkan orang lain.

 

SUMBER : HARIAN METRO

Leave A Reply

Your email address will not be published.