Just another WordPress site

“Bacaan Talqin Paling Sayu” Tak Tahan Sebak Bila Baca Talqin Untuk Ibu Sendiri. Mama Tinggalkan 12 Juzuk Untuk 12 Anaknya.

0 3,051

Dalam hidup kita, hanya ada tiga perkara sahaja yang pahalanya akan kekal berpanjangan buat selamanya. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan juga anak yang soleh.

Sebagai ibubapa, pastinya kita akan melakukan sehabis baik untuk mendidik anak-anak supaya mereka dapat menjadi harta kita di dunia dan juga di akhirat. Sebagai anak, sudah pastilah kita ingin menyenangkan kedua ibubapa kita semasa mereka masih hidup dan juga setelah meninggal dunia.

Sebuah perkongsian menerusi portal mStar ini telah mendapat lebih daripada 470 ribu tontonan dan membuatkan lebih daripada 700 warganet meninggalkan komen kerana sebak dengan apa yang mereka tonton tersebut.

 

BACAAN TALKIN PENUH SAYU

“Ingatlah bahawasanya mama, sekarang berada di alam barzakh.”

Bacaan talkin yang dibacakan oleh salah seorang anak lelaki arwah Azizah Romli iaitu Muhammad Neezam Mohd Ariffin, 35, yang merupakan seorang ustaz lulusan Universiti Al-Azhar di Mesir.

Arwah meninggalkan suami dan 12 orang anak tersayang yang pastinya membuatkan ramai yang cemburu dengan kesempurnaan didikan terhadap anak-anaknya itu.

 

VIDEO :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

 

Menurut salah seorang anak arwah, Nur Faezah Mohd Ariffin, 42, talqin yang dibaca oleh adik lelakinya itu benar-benar sampai ke hati mereka 12 beradik. Biasanya talqin dibaca tanpa ada menyebut ibu mereka. Namun, bacaan talqin kali ini yang istimewa buat ibu mereka membuatkan dirinya terasa sangat sayu.

Dia merasakan seolah-olah mereka tidak lama lagi juga bakal menyusul ibu tercinta.  Katanya lagi, mereka sekeluarga langsung tidak menyangka bahawa ibu mereka akan pergi meninggalkan mereka kerana ibunya langsung tidak mempunyai sebarang penyakit kronik.

 

IBU BERHASRAT UNTUK KHATAM SEBELUM RAMADAN

Arwah ada menyatakan hasrat kepada Faezah bahawa dia ingin khatam al-Quran sebelum Ramadan. Namun, hajat tersebut tidak kesampaian. Arwah telah dijemput menghadap Ilahi empat hari sebelum puasa.

Pada waktu tersebut, masih ada baki 12 juzuk al-Quran belum berjaya dihabiskan.

“Ia seperti mama tinggalkan 12 juzuk tersebut untuk kami adik-beradik selesaikan. Jadi, 12 juzuk terakhir tersebut kami baca bersama-sama ketika mama tenat sebelum mama menghembuskan nafas yang terakhir,” ujarnya lagi.

 

WARGANET KAGUM DENGAN ARWAH

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menzahirkan kekaguman mereka terhadap arwah kerana berjaya mendidik 12 orang anak dengan sempurna.

 

CEMBURU LIHAT KEAKRABAN

Ada juga yang menyatakan rasa cemburu melihat keakraban yang ditonjolkan oleh anak-anak arwah menerusi video yang dikongsikan tersebut.

Tidak kurang juga yang menasihatkan diri sendiri dan orang ramai menerusi komen yang diberikan. Ramai diantara kita inginkan zuriat yang soleh dan solehah. Tapi, bagaimana dengan diri kita? Adakah kita sudah berusaha untuk menjadi dan menunjukkan contoh yang terbaik?

 

BACA JUGA: “Dia Nak Solat Terawih Di Rumah Tapi Tak Sempat” Warga Emas Dan Remaja M4ut Motosikal Bertembung. Anak Cedera Parah

 

Tiada lain yang kami harapkan supaya orang ramai yang melihat video ini timbul keinsafan dalam diri mereka. Yang pertama, talqin yang penuh sayu dan menjentik hati. Ingatlah bahawa kita juga bakal menyusul tidak lama lagi.

Yang kedua, untuk lahirkan anak yang soleh dan solehah, haruslah dimulakan dengan diri kita dahulu. Yang ketiga, usahalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga.

Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah buat arwah dan semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

 

SUMBER : MSTAR

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://www.wlvliquors.com/wp-includes/slot-gacor/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://cdn.megakontraktor.co.id/

Situs Bandar

Situs Togel Terpercaya

Togel Online Hadiah 4D 10 Juta

Bandar Togel

Togel Online

toto88

agen bandar togel