Just another WordPress site

“Doktor Kata Boleh Bertahan 6 Bulan Je, Tapi Takdir Allah… ” Suami Terlantar 5 Tahun Akibat Kemalangan, Isteri Setia Jaga Sampai Sembuh.

0

Beberapa tahun lalu, pernah tular kisah seorang isteri yang menjaga suaminya yang terlantar sakit akibat kemalangan. Kisah tersebut membuatkan pasangan ini mula dikenali ramai dan ramai juga yang mula mengikuti perkembangan pasangan ini.

Dalam tempoh tersebut, berbagai ujian juga yang terpaksa dihadapi oleh pasangan ini baik si isteri mahupun si suami. Ada yang memfintah dirinya berkhalwat dan ada juga yang mencari bermacam cara untuk mendapatkan duit insurans suaminya.

Namun, berkat daripada kesabaran dan ketabahan dirinya, keadaan si suami semakin pulih. Bermula daripada terlantar koma selama 91 hari dan menghidapi masalah lupa. Kemudian dapat sedarkan diri cuma tidak dapat bercakap. Tapi kini, ada sesuatu yang istimewa dilakukan oleh si suami.

 

NYANYIKAN LAGU KEGEMARAN SI ISTERI

Dalam perkongsian sebuah video di laman Tiktok, pasangan Siti Rohayu dan Muhammad Ridhwan ini kelihatan semakin bahagia. Keadaan Muhammad Ridhwan juga kelihatan semakin pulih.

Muhammad Ridhwan yang kelihatan sedang berehat santai kemudiannya ditanya soalan sama ada dia sayang atau tidak terhadap isterinya itu. Bukan itu sahaja. Dia juga sempat untuk menyanyikan lagu kegemarannya khas buat isteri tercintanya itu.

 

VIDEO:

 

SELALU BERKONGSI PERKEMBANGAN

Siti Rohayu juga kerap berkongsi perkembangan suaminya di laman Facebook milknya. Dari sini, dia dapat mengumpul ramai pengikut yang sangat gemarkan segala perkembangan terkini mereka sekeluarga.

Ramai juga yang berasa kagum dengan kesetiaan Siti Rohayu dalam menjalani kehidupan bersama keluarga tercinta. Berat ujian buat dirinya yang perlu menjaga suaminya yang sakit dan dua anak yang masih kecil.

Namun, segala pengorbanannya itu kini kelihatan mula membuahkan hasil apabila suaminya juga kelihatan semakin pulih daripada kecederaan yang dialaminya. Suka pula apabila melihat perkembangan positif sebegini.

 

“Tak sangka banyak perubahan…”

Ramai juga yang tidak menyangka bahawa kini semakin banyak perubahan yang postifi berlaku terhadap Muhammad Ridhwan.

 

“Daripada tak boleh bercakap..”

Rata-rata daripada mereka yang meninggalkan komen sudah mengikuti perkembangan mereka sekeluarga daripada Muhammad Ridhwan masih di hospital selepas kemalangan lagi. Daripada tak boleh bercakap, kini dia sudah boleh menyanyi.

 

BACA JUGA: “Arwah Jatuh Tiba-tiba. Beri Bantuan Tapi Tak Berjaya” Lelaki Rebah Dan Meninggal Ketika Sedang Imamkan Solat Jemaah

 

Kesetiaan seorang isteri diuji saat suami tidak punya apa-apa. Kesetiaan seorang suami pula diuji saat dia mempunyai segalanya. Setia itu pilihan kita. Kesetiaan dan ketabahan yang ditunjukkan oleh Siti Rohayu sebenarnya sangat mengagumkan dan boleh menjadi inspirasi kepada ramai diluar sana.

Ingatlah. Setiap pengorbanan kita pasti akan dibalas dengan sebaiknya oleh Allah S.W.T. Jika tidak di dunia, di akhirat nanti pasti kita akan beroleh ganjaran.

 

SUMBER : TIKTOK @sitirohayu303

Leave A Reply

Your email address will not be published.