Just another WordPress site

“Ketua Polis Garang Pegang Kuala Lumpur” Setanding Dan Setegas Ayub Khan. Kini Azmi Abu Kassim Jadi Perhatian.

0 3,287

Baru-baru ini gempar dengan isu campur tangan dalam proses pertukaran jawatan beberapa pegawai kanan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM). Isu tersebut membabitkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dan juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin.

Isu ini mulai tular apabila ramai yang berkongsi posting daripada beberapa media ternama tanah air. Ramai juga warganet yang membuat spekulasi mengenai apa yang sedang berlaku pada ketika itu.

Hal ini ditambah parah dengan keadaan semasa yang sangat hangat dengan isu double standard, rasuah, dan lain-lain lagi yang melibatkan ahli politik, menteri dan juga PDRM. Isu-isu sebegini sedikit sebanyak menjejaskan imej dan integriti PDRM sendiri.

Hasil perkongsian daripada laman Facebook Syahril A. Kadir telah membantu orang ramai untuk mendapatkan berita sebenar. Selain itu, ada berita baik buat warga Kuala Lumpur kerana mereka mendapat seorang Ketua Polis baharu yang setanding, setegas dan seadil Ketua Polis Negara dan juga Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan.

KETUA POLIS ‘GARANG’ SUDAH MARI…

BUKAN rahsia lagi, pertukaran jawatan beberapa pegawai kanan dalam PDRM tiba-tiba ‘tertangguh’ walaupun dekat sebulan pengumuman rasmi mengenainya telah dikeluarkan Bukit Aman.

Kredit image: Bernama

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador sebelum ini mendakwa penangguhan itu dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin ketika dia sedang bercuti.

 

PENAFIAN CAMPUR TANGAN

Hamzah dalam reaksi segeranya pula menafikan menafikan beliau cuba masuk campur urusan pertukaran pegawai polis yang diputuskan oleh Abdul Hamid.

Sebaliknya beliau dalam nada tegas berkata, perkara tersebut diputuskan sendiri Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang secara kebetulan dirinya pula merupakan pengerusi panel itu.

Apapun ‘kekalutan’ tersebut nampaknya sudah selesai apabila Abdul Hamid memaklumkan yang semua pertukaran kesemua 71 pegawai kanan polis tersebut akan mula berjalan seperti mana yang telah dirancang.

 

KETUA POLIS KL BAHARU

Antara mereka yang terlibat dalam proses pertukaran tersebut adalah Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim.

Malah Azmi yang sebelum ini berpangkat Deputi Komisioner Polis akan mula memangku pangkat Komisioner Polis dengan perlantikan itu.

Nampaknya Azmi tidak menunggu lama untuk terus ‘masuk pejabat’ dan mula melakukan ‘kunjungan demi kunjungan’ ke atas beberapa jabatan di bawah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) KL, antaranya Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Pengurusan dan juga Jabatan Siasatan Penguatkuasaan dan Trafik.

Mengetahui cara kerja pegawai tegap dan bermisai ini, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Saya secara peribadi mengenali Azmi sewaktu beliau masih pegawai muda yang menjadi pengiring atau ADC kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai lebih 20 tahun lalu.

 

“DOUBLE KAWAD”

Sewaktu beliau menjadi Ketua Polis Daerah (OCPD) Petaling Jaya, Azmi tidak akan ragu-ragu untuk mengenakan hukuman tatatertib ‘DOUBLE KAWAD’ pada warganya yang melakukan kesalahan. Orang polis faham sangatlah perkataan ‘double kawad’ itu ahaks.

Ini pegawai yang dikenali sebagai ‘NO NONSENSE OFFICER’. Sangat bencikan amalan rasuah dan cukup pantang bila dapat aduan pegawai dan anggotanya berbuat demikian.

Nak cari foto-foto beliau senyum cukup susah bagi kami orang media ini. Sentiasa Serius. Justeru bila dapat tahu Azmi akan duduk sebagai orang nombor satu Polis Kuala Lumpur, saya cukup yakin dan pasti yang pemilihan beliau itu sangat tepat dan kena pada masanya.

Selamat bertugas Datuk Azmi …KL NUMBER ONE!

#poliskl

 

KETERUJAAN WARGANET

Perkongsian ini telah mendapat lebih daripada 9 ribu likes daripada warganet. Ia juga telah dikongsi lebih 800 kali. Apa yang lebih menarik adalah komen daripada warganet. Ada yang sangat suka perkongsian santai sebegini kerana ia sedikit sebanyak memberikan peluang kepada rakyat untuk mengenali siapa figura hebat yang ada didalam PDRM.

Ada juga yang sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa penampilan dan aura yang ada pada Ketua Polis KL ini sangat menakutkan.

Ramai juga yang bersetuju dengan pelantikan dan transparency dalam berita sebegini. Hal ini kerana imej polis sudah sedikit sebanyak tercalar dek mereka yang tidak bertanggungjawab.

 

BACA JUGA: “Dah Buat Report Dekat IPD Tak Ada Tindakan, Saya Sendiri Akan Ambil Tindakan Pada IPD Tersebut!” – Ayob Khan Pandang Serious Isu Dalaman Polis

 

Apapun, ia merupakan berita baik  buat kita semua kerana mereka yang dilantik kini adalah mereka yang sangat tegas dan amanah dengan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.

Semoga imej PDRM kembali pulih seperti sediakala dan barisan ketua-ketua yang baru ini akan membawa keselamatan negara ke satu tahap yang lebih tinggi. Biar semua orang fikir berkali-kali sebelum melakukan sebarang bentuk kesalahan atau jenayah di negara kita.

 

SUMBER: FB SYAHRIL A. KADIR

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://www.wlvliquors.com/wp-includes/slot-gacor/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://cdn.megakontraktor.co.id/

Situs Bandar

Situs Togel Terpercaya

Togel Online Hadiah 4D 10 Juta

Bandar Togel

Togel Online

toto88

agen bandar togel