Just another WordPress site

[VIDEO] “Pemandu Myvi Tak Salah” Baru Jer Keluar Kereta, Bertubi-Tubi Kena Tuduh. Dalam Kesakitan, Beliau Tenang Tak Melenting

0

Tular baru-baru ini mengenai kem4langan yang membabitkan 3 kereta dan sebuah motosikal di sebuah persimpangan lampu isyarat di Jalan Bayan Baru, Georgetown, Pulau Pinang.

Kem4langan tersebut melibatkan sebuah Perodua Myvi, Toyota Vios dan sebuah motosikal yang dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Suzuki Swift. Kem4langan tersebut telah meragut ny4wa pemandu Suzuki Swift tersebut.

Namun, apa yang tular adalah seorang pakcik yang memandu Perdua Myvi putih dimana dia dipersalahkan dan dituduh sebagai punca oleh seorang netizen. Tuduhan melulu ini disertakan sekali dengan ugutan.

Video tersebut ada dikongsikan oleh laman Facebook menerusi page Info Bencana Pahang dan Luar Pahang. Didalam video tersebut, dipercayai pakcik yang berbangsa India.

Dia yang telah dipimpin keluar oleh beberapa orang pengguna jalan raya daripada keretanya yang remuk kemudian diletakkan di tepi jalan. Belum sempat sedar dengan apa yang menimpa dirinya, dia terus dituduh oleh pengguna jalan raya yang lain sebagai punca.

 

VIDEO:

 

RAKAMAN BUKTI PAKCIK MYVI TAK BERSALAH

Apa yang lebih menyedihkan adalah video tersebut dikongsikan kepada umum. Pada awalnya ramai yang tersalah faham dan turut menuduh pakcik tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya menerusi rakaman dashcam kenderaan lain yang turut sama berada di tempat kejadian.

Rakaman video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @anthraxxxx dimana jelas menunjukkan kenderaan Suzuki Swift yang sebenarnya melanggar lampu isyarat dan mengakibatkan kematian.

 

VIDEO:

 

BUKAN UNTUK SALAHKAN SESIAPA NAMUN UNTUK KONGSIKAN KEBENARAN

Tujuan kami bukanlah untuk menyalahkan pemandu Suzuki Swift kerana mangsa telah meningg4l dunia akibat pend4rahan di kepala.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintenden AA Anbalagan berkata, dalam kejadian itu, kereta Suzuki Swift dipandu lelaki berusia 30 tahun itu merempuh dua kereta dan sebuah motosikal yang berhenti di hadapan lampu isyarat.

“Kereta dipandu lelaki berkenaan merempuh bahagian belakang Perodua Myvi dan Toyota Vios serta motosikal.

“Akibat rempuhan itu, pemandu kereta berkenaan p4rah di kepala, namun dilaporkan meningg4l dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Anbalagan berkata, tiga lagi mangsa membabitkan lelaki berusia antara 24 hingga 51 tahun ceder4 ringan dan dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

 

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan pada 2.53 petang berhubung kejadian itu.

 

BACA JUGA: VIDEO] “Hidup Tak Sampai Seminit Di Dunia” Ibu Kuat Kongsikan Perjalanan Baby Syurga Walaupun Berpantang Tanpa Bayi Di Sisi!

 

Katanya, operasi menyelamat mangsa yang terrsepit di tempat duduk pemandu membabitkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru.

“Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang terrsepit menggunakan peralatan khas sebelum diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Semoga kejadian kali ini menjadi pengajaran buat kita semua untuk tidak menghukum secara melulu kerana zaman sekarang info sangat mudah untuk tersebar. Jika silap gaya, akan menjadi fitnah buat semua.

 

SUMBER : FB INFO BENCANA PAHANG DAN LUAR PAHANG , FB PENANG KINI

Leave A Reply

Your email address will not be published.