Just another WordPress site

“Tahu Pun Daripada Facebook” Keluar Ambik Hadiah Untuk Isteri Dan Anak, Anggota Bomba M4ut Terlibat Kemalangan Motosikal.

0 2,708

Di jalan raya, sukar untuk kita ramal apa yang bakal berlaku. Ramai yang kehilangan nyawa sewaktu di jalan raya. Sekalipun kita menjadi pengguna jalan raya yang berhemah, masih ramai lagi yang cuai ketika di jalan raya sehingga membahayakan orang lain. Sebab itulah kita perlu sentiasa berhati-hati di jalan raya.

Begitulah pengakhiran hayat seorang anggota bomba. Berakhir dalam sebuah kemalangan jalan raya. Hasrat di hati untuk memberikan hadiah tudung kepada isteri dan topi keledar kepada anak tunggalnya tidak kesampaian.

Mangsa m4ut dalam sebuah kemalangan yang melibatkan dua buah motosikal di Jalan Sanglang berdekatan Kampung Sanglang di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 8.50 pagi itu, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru itu, Anuar Abdullah, 33, yang menunggang motosikal Kawasaki Versys m4ut di tempat kejadian.

 

SEDANG BERCUTI DI KAMPUNG

Isteri mangsa, Rohayu Idris, 30, berkata dia bersama suami dan anak mereka yang berusia empat tahun telah pulang ke rumah ibu suaminya itu di Kampung Parit Suloh, Batu Pahat pada Jumaat.

Bagaimanapun, arwah pulang ke sebentar ke rumah sewa mereka di Benut, Pontian selepas Subuh pada Sabtu. Hal ini kerana arwah ingin mengambil barang yang dibelinya yang dihantar menerusi pos ke tempat kerjanya.

Motosikal ditunggang arwah dikatakan bertembung dengan sebuah motosikal Honda Wave ditunggang Tey Ah Pin, 74, dari Kampung Parit Gantong, Ayer Baloi di sini, menyebabkan kedua-dua mangsa m4ut di tempat kejadian.

“Arwah beritahu dia akan balik semula Batu Pahat selepas ambil barang di rumah sewa kami di Benut. Saya ada menghubunginya pada jam 9 pagi tetapi tidak berjawab.

“Kemudian pada jam 10.40 saya mendapat panggilan memaklumkan arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Sanglang,” katanya ketika ditemui di pekarangan bilik forensik Hospital Pontian.

 

BERIYA-IYA INGIN HADIAHKAN TOPI KELEDAR UNTUK ANAK

“Arwah suami beriya-iya mahu mengambil barangan yang dibelinya di balai termasuk topi keledar untuk anak yang berusia empat tahun.

“Dia sudah lama berhasrat hendak membawa anak kesayangannya itu bersiar-siar di sekitar kampung menaiki motosikal dengan menggunakan topi keledar berkenaan.

“Lepas Subuh tadi arwah keluar dari Batu Pahat ke Pontian dan memaklumkan akan pulang jam 9 pagi.

“Namun selepas jam 9 pagi, saya mulai risau kerana panggilan telefon dibuat tidak diangkat sebelum adik saya ternampak gambar motosikalnya terbabit kemalangan di Facebook dengan penunggangnya disahkan m4ut,” katanya.

 

SIFAT DAN KEPERIBADIAN ARWAH

Puan Rohayu yang merupakan seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Tanjung, Benut berkata, jenazah suaminya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Suloh, Batu Pahat.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pontian Baru, Penolong Penguasa Bomba Iqbal Raduan berkata, arwah merupakan  seorang anggota bomba yang rajin dan baik serta disenangi rakan-rakan yang lain.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan yang amat besar kepada BBP Pontian Baru.

“Hampir dua tahun arwah sudah bertugas di BBP Pontian Baru. Sebelum itu arwah bertugas di BBP Kuala Kubu Baru Selangor setelah tamat latihan pada tahun 2010,” katanya.

 

WARGANET TURUT BERSIMPATI

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan doa buat arwah. Tidak kurang juga yang sempat meninggalkan pesanan buat warganet yang lain supaya berhati-hati ketika di jalan raya.

 

BACA JUGA : [SEBAK] Tetap Mengajar Walaupun Strok Di ICU, Video Pensyarah Ini Undang Sebak Penonton! 

 

Ada juga yang menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kerana masih ramai yang tidak mengambil serius akan undang-undang di jalan raya seperti tidak berhenti di simpang dan juga lampu isyarat.

Sama-samalah kita sedekahkan al-fatihah buat arwah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian yang berat ini.

 

SUMBER : HARIAN METRO & SINAR HARIAN

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://www.wlvliquors.com/wp-includes/slot-gacor/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://cdn.megakontraktor.co.id/

Situs Bandar

Situs Togel Terpercaya

Togel Online Hadiah 4D 10 Juta

Bandar Togel

Togel Online

toto88

agen bandar togel