Just another WordPress site

[VIDEO] Rampas Tangki Oksigen Ibu Untuk VIP, Anak Merayu Dan Melutut Mohon Ihsan. 2 Jam Kemudian, Ibu Meninggal!

0

Isu double standard bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja. Ia berlaku di seluruh dunia. Golongan kenamaan dan berduit dengan mudahnya melanggar segala undang-undang. Rakyat marhaen pula terpaksa menanggung segala risiko akibat daripada tindakan tidak bertanggungjawab golongan ini.

Itulah apa yang berlaku di India sekarang ini. Situasi disana agak diluar kawalan dengan beberapa institusi kesihatan seolah-olah mula berputus asa kerana jumlah kes harian meningkat dengan drastik.

Para petugas barisan hadapan disana sudah terlalu letih dan kelengkapan kesihatan juga tidak mencukupi untuk menampung jumlah pesakit yang ada.

Jumlah kematian? Ia merupakan angka yang sangat menggerunkan sehingga tiada tenaga kerja dan masa untuk menguruskan pengebumian dengan sebaiknya.

 

TANGKI OKSIGEN IBU DIRAMPAS VVIP

Menurut seorang remaja di India, dia mendakwa ibunya telah meninggal dunia selepas tangki oksigen untuk rawatan COVID-19 dirampas polis.

Apa yang lebih memilukan adalah apabila dia mendakwa tangki oksigen tersebut dipercayai diberikan kepada seorang kenamaan.

Remaja yang berusia 17 tahun itu berkata ketika kejadian tersebut berlaku, dia sedang menjaga ibunya yang kritikal akibat COVID-19.

Namun selang beberapa ketika kemudian, beberapa orang anggota polis telah masuk ke bilik wad dan merampas silinder oksigen yang digunakan bagi merawat ibunya.

 

MELUTUT DAN MERAYU

Tular sebuah video dimana remaja yang dikenali sebagai Ansh Goyal itu melutut, menangis dan merayu kepada anggota polis berkenaan agar mengembalikan semula tangki oksigen ibunya.

 

VIDEO :

 

VIDEO :

 

Permintaannya bagaimanapun tidak diendahkan oleh anggota polis berkenaan. Difahamkan lagi, setelah hospital tersebut kehabisan bekalan, dia dan adik lelakinya yang berusia 17 tahun mengambil tangki oksigen itu sendiri dan dibawa ke pusat kuarantin untuk diletakkan di samping tempat tidur ibu mereka.

“Di mana saya nak cari silinder? Saya datang (ke hospital) selepas berjanji kepada keluarga bahawa saya akan bawa pulang ibu dengan selamat,” kata remaja itu.

“Ibu saya tidak dapat bernafas. Kami beri dia CPR beberapa kali, tetapi tidak dapat menyelamatkannya,” kata Ansh kepada Times of India.

IBU MENINGGAL DUA JAM KEMUDIAN

Ibu remaja tersebut bagaimanapun telah meninggal dunia dua jam kemudian. Pihak polis juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedang menyiasat dakwaan berkenaan. Namun, mereka dari awal menolak tuduhan tersebut dan mendakwa silinder berkenaan tidak mengandungi sebarang ini.

“Lelaki itu meminta polis untuk memberikannya silinder oksigen untuk rawatan ahli keluarganya.

“Tiada siapa yang merampas tangki silinder itu.

“Video itu mengelirukan,” kata Superintendan Polis Botre Rohan Pramod.

Namun dia tidak menjelaskan mengapa polis perlu mengambil tangki oksigen yang kosong dan hal ini membuatkan warganet dari seluruh dunia mengesyaki bahawa dakwaan remaja terbabit adalah benar.

Sementara itu, Ketua Pengarah Polis Tambahan (ADG) Rajiv Krishna berkata tindakan tegas akan diambil jika anggota polis terbabit terbukti bersalah.

GOLONGAN SEBEGINI WUJUD

Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang sangat sedih dengan apa yang menimpa Ansh Goyal. Mereka tidak menolak kemungkinan bahawa kejadian tersebut adalah benar.

 

YANG MISKIN DITINDAS, YANG KAYA DILAYAN SEPERTI RAJA

Tak perlu untuk kita lihat jauh ke negara lain. Di negara kita sendiri isu sebegini sudah semakin hangat diperkatakan. Segala-galanya boleh dibeli dengan wang.

Namun kita masih perlu bersyukur kerana masih ada yang cuba untuk membanteras isu sebegini dengan sebaiknya seperti yang dilakukan oleh Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Johor.

 

“Nak ke jadi macam India?”

Kalau anda perasan, ramai dikalangan rakyat Malaysia yang mengatakan bahawa Covid-19 ini merupakan agenda daripada pihak tertentu dan kerajaan sebenarnya sengaja mereka-reka data dan menimbulkan false alarm buat kita semua.

Jadi, adakah keadaan yang berlaku di India juga merupakan satu bentuk penipuan?

 

“Risau jadi di sini..”

Melihatkan keadaan yang berlaku di India, pastinya kita juga berasa risau jika kejadian tersebut berlaku di negara kita. Ia tidak mustahil jika semakin ramai rakyat Malaysia yang mengambil pendekatan tidak peduli akan SOP yang diarahkan oleh kerajaan.

 

BACA JUGA : “Beriya-Iya Nak Hadiahkan Topi Untuk Anak” Tak Sempat Berikan Hadiah Buat Isteri Dan Anak, Anggota Bomba M4ut Terlibat Kemalangan

 

“Doakan negara kita..”

Tidak kurang juga yang mengajak orang ramai untuk bersyukur dengan apa yang kita terima di Malaysia dan sama-sama doakan supaya negara kita dapat keluar dari situasi getir ini.

Semoga kejadian sebegini dapat dielakkan di Malaysia. Buat pihak berkuasa, amanah yang diberikan itu sangat berat. Janganlah sesekali “menjual” amanah tersebut dengan wang ringgit.

Terlepas di dunia belum tentu terlepas juga di akhirat. Semoga negara kita menjadi sebuah negara yang adil dan tiada siapa yang lebih besar daripada undang-undang.

 

SUMBER : OH MY MEDIA & ASTRO AWANI

Leave A Reply

Your email address will not be published.