Just another WordPress site

Terselamat Dalam Kemalangan, Tindakan Lelaki Ini Solat Dan Sujud Syukur Sebelah Kereta Remuk, Buat Ramai Kagum!

0

Berapa ramai di antara kita yang setiap kali terselamat dari musibah, akan mengucapkan rasa syukur kepada Maha Pencipta?

Mungkin ada yang buat. Tapi pastinya ramai yang terlupa. Perhatikan juga apa yang terpacul keluar dari mulut saat musibah berlaku.

Apakah carutan dan makian yang keluar? Atau ucapan kalimah yang menyebut nama Allah S.W.T diucapkan? Itu sahaja sudah cukup untuk menunjukkan dimana Allah S.W.T didalam hati kita.

 

KEMALANGAN, KERETA REMUK

Apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini pasti membuka mata kita semua akan erti kesyukuran saat ditimpa musibah. Kejadian ini dikatakan berlaku di Aydin, Turki.

Apa yang membuatkan warganet kagum adalah tindakan lelaki ini yang baru sahaja terselamat daripada sebuah nahas jalan raya. Jika dilihat pada keadaan kenderaannya, ia boleh dikira agak teruk.

Kereta kelabu yang dipandunya remuk pada bahagian depan sebelah kiri. Punca kemalangan adalah hilang kawalan dan terbabas.

 

SOLAT SUNAT DAN SUJUD SYUKUR

Tindakannya sebaik sahaja menyedari dirinya selamat daripada musibah tersebut adalah, dia terus menunaikan solat sunat dan segera melakukan sujud syukur.

Itulah apa yang menyentuh hati dan membuka mata warganet. Pada ketika itu juga kelihatan pasukan penyelamat telah berada di lokasi kejadian untuk tindakan lanjut.

Namun dirinya masih tenang menyembah yang Maha Esa dengan penuh khusyuk. Sebuah akaun di Twitter iaitu Turkmedia melaporkan perkara ini berserta dengan kapsyen berikut,

“Seorang insan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Aydin, tapi tidak tercedera dan terkorban. Jadi dia dirikan solat untuk mengucapkan rasa bersyukur kepada Allah kerana dia terselamat dalam nahas itu”

 

BACA JUGA : “Perut Ayah Macam Mengandung Kembar” Tak Sempat Raya Bersama, Ayah Hidap Kanser Usus Dijemput Ilahi.

 

MEMBUKA MATA WARGANET

Kejadian tersebut berserta dengan foto-foto yang tular di media sosial telah menyedarkan warganet betapa mereka terlupa dalam mengucapkan syukur setiap kali terselamat daripada musibah.

Ramai yang mengajak supaya tindakan sebegini menjadi ikutan kita semua. 

Semoga kejadian dan apa yang ditunjukkan oleh lelaki ini menjadi inspirasi dan pengajaran buat kita semua. Letaklah Allah S.WT sebagai yang paling utama didalam hati kita semua.

Lihat kembali segala tingkahlaku kita saat ditimpa musibah dam marilah kita sama-sama mengubahnya kepada perkara yang lebih membuatkan kita dekat dengan-Nya.

 

SUMBER : SEMBANG DUNIA

Leave A Reply

Your email address will not be published.